Wednesday, November 28, 2012

Menu Sihat / Panduan Pemakanan Semasa Diet Alpha Lipid SD2 (ALSD2)


Berikut adalah panduan pemakanan semasa sedang mengikuti program diet Alpha Lipid SD2
(Induction Programme)

Tak Boleh Makan:
1) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7) Elakkan segala bentuk kacang semasa diet.
8) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
10) Kesemua senarai di atas adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat. Senang cerita kesemuanya tak boleh makan semasa sedang menjalani program diet ini.

Boleh Makan:
1) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
2) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai dll.
4) Udang - bakar, tomyam, goreng. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8) Burger? Makan daging burger sahaja. Sila semak label nutrisi kerana kebanyakan daging burger proses tinggi kandungan karbohidrat.
9) Kesemua sumber protein boleh dimakan kecuali yang tinggi kandungan karbohidrat.


JANGAN LUPA MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM. MAKAN MALAM SEBELUM JAM 8 MALAM.

JANGAN SKIP MAKAN KERANA LEMAK TIDAK AKAN TERBAKAR SEKIRANYA BADAN BERADA DALAM KEADAAN LAPAR.

Contoh sarapan / Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Contoh Makan Tengahari / Malam
1) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

JANGAN AMBIL LEBIH DARIPADA 20 GRAMS KARBOHIDRAT SEHARI

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb!
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama Program Diet.

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat sehari ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram per serving! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. 


Contoh Menu Semasa berDIET dengan SD2

Pagi:
1) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 8.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam = 0 gram.
3) Daging goreng kering
4) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1) 1 keping Cheddar cheese
2) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1) Air biasa
2) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Untuk kesan penurunan yang lebih maksimum anda digalakkan untuk bersenam.

Sila pastikan anda betul-betul bersedia untuk diet sebelum memulakan program diet untuk memastikan anda berdisiplin semasa diet dan mendapat penurunan yang diharapkan.

Semoga anda berjaya dengan misi anda untuk menurunkan berat badan dan kelihatan lebih muda dan menawan.

Saya sedia membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya di talian 013-600 6611

1 comment: