Wednesday, November 28, 2012

Menu Sihat / Panduan Pemakanan Semasa Diet Alpha Lipid SD2 (ALSD2)


Berikut adalah panduan pemakanan semasa sedang mengikuti program diet Alpha Lipid SD2
(Induction Programme)

Tak Boleh Makan:
1) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7) Elakkan segala bentuk kacang semasa diet.
8) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
10) Kesemua senarai di atas adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat. Senang cerita kesemuanya tak boleh makan semasa sedang menjalani program diet ini.

Boleh Makan:
1) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
2) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai dll.
4) Udang - bakar, tomyam, goreng. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8) Burger? Makan daging burger sahaja. Sila semak label nutrisi kerana kebanyakan daging burger proses tinggi kandungan karbohidrat.
9) Kesemua sumber protein boleh dimakan kecuali yang tinggi kandungan karbohidrat.


JANGAN LUPA MAKAN SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MALAM. MAKAN MALAM SEBELUM JAM 8 MALAM.

JANGAN SKIP MAKAN KERANA LEMAK TIDAK AKAN TERBAKAR SEKIRANYA BADAN BERADA DALAM KEADAAN LAPAR.

Contoh sarapan / Breakfast
1) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Contoh Makan Tengahari / Malam
1) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

JANGAN AMBIL LEBIH DARIPADA 20 GRAMS KARBOHIDRAT SEHARI

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb!
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama Program Diet.

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat sehari ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram per serving! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. 


Contoh Menu Semasa berDIET dengan SD2

Pagi:
1) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 8.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam = 0 gram.
3) Daging goreng kering
4) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1) 1 keping Cheddar cheese
2) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1) Air biasa
2) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Untuk kesan penurunan yang lebih maksimum anda digalakkan untuk bersenam.

Sila pastikan anda betul-betul bersedia untuk diet sebelum memulakan program diet untuk memastikan anda berdisiplin semasa diet dan mendapat penurunan yang diharapkan.

Semoga anda berjaya dengan misi anda untuk menurunkan berat badan dan kelihatan lebih muda dan menawan.

Saya sedia membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya di talian 013-600 6611

Wednesday, November 14, 2012

Alpha Lipid SDII: Cara Pengambilan ALSDII

Salam kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ni saya nak kongsikan cara-cara pengambilan susu Alpha Lipid SDII yang betul. 
Ini penting kerana masih ramai pengguna yang mengamalkan cara pengambilan yg kurang betul dan mendapat kesan yg kurang optimum.


Untuk makluman pengguna, 1 tin Alpha Lipid SDII adalah untuk kegunaan 7 Hari.
Diambil sebanyak 4x sehari = 8 skup. 

Kat bawah ni adalah waktu-waktu yg paling sesuai utk pengambilan Alpha Lipid SDII. Dan seeloknya dijarakkan 1 jam sebelum mengambil sebarang makanan.

1) 2 skup sebelum sarapan pagi
2) 2 skup sebelum makan tengah hari
3) 2 skup sebelum makan malam
4) 2 skup sebelum tidur



Lagkah 1   : Sediakan shaker dan masukkan 250ml air sejuk/biasa. Lebih sedap dibancuh dgn
                  air sejuk. Boleh juga ditambah dgn ais.
                  PASTIKAN anda TIDAK menggunakan air panas/suam.

Langkah 2 : Masukkan 2 skup ALDSII ke dalam shaker.

Langkah 3 : Shake/Gongcangkan sehingga susu sebati dengan air, ikut seperti dalam gambar

Langkah 4 : Sedia untuk diminum.


PERHATIAN!!!

Satu hidangan susu Alpha Lipid SDII (2 skup) mengandungi +-2.3g karbohidrat.
So, 4 hidangan Alpha Lipid SDII dalam sehari mengandungi 9.2g karbohidrat.
Sila ambil kira nilai ini ke dalam jumlah pengambilan karbohidrat harian anda.
Pengambilan karbohidrat lebih dr yg disyorkan akan membantutkan proses pembakaran lemak.

Sila hubungi saya di talian 013-6006611 sekiranya ada kemusykilan. Saya sedia membantu anda

Sunday, November 4, 2012

16.8 Juta Rakyat Malaysia Mengalami Masalah Obesiti

Tahukah anda, sebanyak 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti (kegemukan)
 Masalah obesiti ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang.

Orang yang mempunyai masalah obesiti akan terdedah kepada pelbagai penyakit kanser, diabetes atau kencing manis, pereputan tulang, serangan jantung dan pelbagai masalah kesihatan lain. 

Bagaimana pula dengan anda?

Jangan jadi salah seorang daripada golongan ini!


Anda sebenarnya mampu untuk turunkan berat badan anda dan tampil lebih cantik, cuma anda tidak tahu caranya! 

Pernahkah anda mencuba perkara-perkara berikut?

 Bersenam dan bersukan tapi berat masih tak turun-turun juga.
Mengambil pil-pil diet yang anda tidak tahu kesan sampingannya. Itu pun masih tak kurus juga.

Mengamalkan crash diet atau tak makan langsung demi nak turunkan berat badan.
Menghabiskan wang yang banyak di pusat-pusat pelangsingan badan.

Dan pelbagai lagi cara untuk anda kelihatan kurus dan cantik tetapi seringkali gagal dan kecewa dengan usaha anda tersebut.

Jangan bimbang lagi kerana anda kini berada di tempat yang betul. Dengan pengalaman kami dan ribuan lagi pengguna yang lain, anda mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan dan efektif!

Ketahui cara bagaimana anda boleh menurunkan berat badan sehingga mencapai BERAT IDEAL anda dengan
JIMAT, SELAMAT & BERKESAN!

Kini terdapat Program Lengkap Pengurusan Berat Badan Alpha Lipid SD2 (ALSD2)
ALSDII adalah produk penurunan berat badan yang terkenal di New Zealand kini telah dipasarkan di Malaysia
Produk ini terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan secara sihat, cepat dan selamat
Purata penurunan di antara 2kg hingga 5 kg seminggu tanpa  perlu berlapar!

Ribuan pengguna kami telah berjaya mencapai berat badan idaman mereka dan ternyata mereka sangat berpuas hati dengan keputusannya!
Apakah Alpha Lipid SD2?

Alpha Lipid SD2 tercipta daripada hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University iaitu Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn. 
Produk ini merupakan campuran berkualiti tinggi yang komprehensif, yang terdiri daripada:


Produk ALSD2 juga tidak mengandungi pemanis tiruan, dan ia membantu untuk memastikan tubuh anda mempunyai nutrien penting termasuk protein. Ini penting untuk mengekalkan jisim otot dan ketegangan kulit anda walaupun lemak anda sedang dibakar dengan optimum!

Program Lengkap Pengurusan Berat Badan ALSD2 adalah program pengurusan badan pertama yang mengamalkan teknik diet tanpa perlu berlapar, di mana anda WAJIB makan tanpa perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu sebaliknya anda lebih bertenaga walaupun proses pembakaran lemak sedang berlaku.


Apakah Formula Rahsia ALSD2?

Di sinilah rahsianya. Kandungan semulajadi ALSD2 adalah lengkap untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan anda dan seterusnya, mengekalkan kelangsingan anda dalam jangkamasa panjang.









Mengandungi Ekstrak Green Tea (Daun Teh Hijau)
  • Membantu menigkatkan metabolisma
  • Meningkatkan penggunaan tenaga
  • Bahan antioksida yang kuat
  • Pemeliharaan Jantung
  • Antibacterial & Antiviral








Mengandungi Formula Tinggi Protein
  • Memperbaiki jisim otot
  • Meningkatkan metabolisma










Mempunyai Tambahan Serat
  • Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
  • Memberi rasa kenyang lebih lama (elak Gastritis)








Mengandungi Formula Alpha Lipid
  • Untuk penyerapan nutrien dan vitamin yang lebih baik dan berkesan



Bagaimanakah ALSD2 Menurunkan Berat Badan?


Pertama sekali, anda perlu kurangkan karbohidrat dan makanan/ minuman manis



Badan anda ada 2 sumber tenaga iaitu:

- Makanan yang anda makan

- Lemak yang tersimpan dalam badan



 Apabila karbohidrat tiada, badan akan membakar lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga



 Alpha Lipid SD2 pula akan berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap metabolisma anda


 Jadi, kadar pembakaran lemak oleh badan anda akan turut meningkat secara intensif!

Secara mudahnya...
Alpha Lipid SD2
Metabolisma Badan , Pembakaran Lemak 
Berat BadanDengan Secara Langsung!



 Formula kandungan ALSD2 seperti Ekstrak Daun Teh Hijau, Serat, Alpha Lipid dan Protein inilah yang menjadi rahsia kepada peningkatan tahap metabolisma dan kesan penurunan berat badan anda



 Malahan, lemak anda dibakar secara SEMULAJADI dan bukan secara paksa!

*Kadar penurunan berat badan adalah berbeza bagi setiap individu kerana tahap metabolisma badan setiap individu adalah berbeza mengikut jantina, umur dan kecekapan sistem badan.

Adakah ALSD2 berkesan?



Tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan Alpha Lipid SD2 untuk menurunkan berat badan dengan berkesan dan efektif. Anda boleh menilai sendiri pada testimoni pengguna Alpha Lipid SD2  yang semakin banyak tersebar di laman Facebook dan media massa.
Jangan tunggu lagi kerana anda juga mungkin menjadi testimoni ALSD2 yang seterusnya!


Jangan berlengah lagi! Dapatka ALSD2 anda sekarang juga!

HUBUNGI SAYA SEKARANG DI TALIAN:
013-600 6611 (Zuk)